Friday, 26 December 2014

Bilik Asrama Itu Dah Lama Tidak Berpenghuni


Dulu aku sekolah 2 tahun di sebuah sekolah agama yang agak famous juga di Klang. Sebab sekolah ini ada ISO9002, sekolah untuk budak-budak perempuan yang pandai je. Aku je yang tetiba jadi bodoh kat sekolah ini. Masuk kelas hujung-hujung. Masa tu tahun 1998-1999. Sekolah ini ada asrama 4 blok, A B C dan D. 4 tingkat yang dikira dari 0-3. Blok A attached dengan B, blok C dengan D. 4 in between 2 blok ini ada dewan makan dan gelanggang badminton. 

Aku duduk di blok D dan depan asrama kitorang memang menghadap tanah perkuburan islam. Tetapi alhamdulillah tiada sebarang gangguan atau cerita yang tidak menarik dengan kubur ini dan lagipun banyak kedai-kedai di situ. So, masa mula-mula orientasi kat sekolah, kitorang macam ada briefing kat musolla blok B level 1. Lepak-lepak kat koridor pastu terpandang la ada satu bilik di blok A level 3 yang tertutup. Tak fikir apa-apa pun dan tiba-tiba ada seorang budak tu kata, roomate dia bagitau bilik tu memang dah ditutup since 80's lagi sebab bilik tu dah ada 'penghuni tetap'. Aku tengok tembok koridor depan bilik tu kosong. Bilik sebelah-sebelah dan lain-lain penuh dengan kasut sekolah yang dijemur, letak baik punya atas tembok. 

Ceritanya, sesiapa yang jemur kasut termasuk sikit kawasan depan bilik tu, esoknya kasut tu punya nasib kat atas bumbung kolah mandi yang terletak di tengah-tengah antara dua blok. Patutlah banyak kasut buruk atas bumbung kolah tu. Okay, takut punya pasal, lari masuk musolla. Nasib baik aku dok block D. Nak dijadikan cerita, ada seorang budak kelas aku baru masuk. Tak sempat orientasi, aku lupa apa sebabnya. Nama dia pun aku lupa. Dia duduk di asrama block C. 

Satu hari dia lalu kat dewan makan time petang macam tu. Pastu ada ibu bapa macam tengah tunggu anak dia kat dewan makan tu. Normally ada orang kat konti radio asrama kat bawah tu akan buat announcement panggil pelajar kalau mak bapak diorang datang. Tapi petang tu takde orang, so parents tu mintak tolong budak tu panggilkan anak dia nama sekian sekian di bilik A:2:5! Setingkat bawah je dari bilik tu. So budak ni pun gigih la berlari naik tangga. Tangga blok A ni pula terletak in between bilik 5 dan 6. Entah macam mana budak ini terlajak sampai level 3 terus menuju ke bilik sebelah tangga, A:3:5. Pintu bilik memang terbuka, pastu dia nampak budak-budak perempuan kat dalam tu semua berkemban dan sikat-sikat rambut. 

Dia yang tak fikir apa-apa terus bertanya, "Assalamualaikum, Nurul (bkn name sebenar) siapa? parents dtg kt bwh" Semua pandang, then ade sorang jawab "awak salah bilik , dia bilik bawah" "Ohh yeke??sorry2..time kasih" Terus dia turun ke bilik bawah dan panggil budak yang sebenar turun. Bila dia balik ke bilik. Dia gelak-gelak cerita pengalaman yang memalukan, tersalah bilik kat kakak-kakak bilik dia. Bila dia sebut bilik atas bilik A:2:5, kakak-kakak bilik dia terkejut, atas bilik tu bilik 'yang itu'. Kakak-kakak bilik dia nafikanlah, cakap bilik tu kosong, dah bertahun-tahun tutup. 

Menangis-nangis budak tu bila tau cerita pasal bilik tu. Patutlah dia kata semua sikat rambut, rambut pula panjang-panjang tak perasan had mana. Malam tu juga dia suruh mak bapak dia ambik. Tak lama lepas tu terus keluar dari asrama. Pergi sekolah ulang alik je. Nasib baik dia tunjuk muka cantik, kalau muka buruk, berdarah hidung agaknya budak tu. Lepas tu je, kecoh satu sekolah. Padahal benda tu tak kacau orang luar pun. Kecuali kalau lalu depan bilik dia or dalam bilik dia of coz. Tu pasal berkunci. 

Puncanya katanya sebab budak-budak bilik tu dulu gatal ehem pergi main spirit-spirit yang melampau, then benda tu terus tak nak balik. Katil-katil digegar, ditarik dan macam-macam. Panggil ustaz azankan depan pintu tapi orang-orang yang ada masa tu langsung tak dengar ustaz tu. Entah macam mana punya deal, pihak sekolah setuju bilik tu dikunci dan just let them stay inside daripada menganggu kat luar. Baik korang buat hal sendiri dalam tu.

Disingkap Oleh :


Apa Komen Anda?

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...