Saturday, 20 December 2014

Bukit Kachi UUM : Prebet Sapu Ada Kisah Seram

\

Masih kisah seram mengenai UUM Sintok tetapi ini berkaitan kolej kediaman luar kampusnya iaitu Kolej Bukit Kachi. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2006 diceritakan oleh seorang pemandu kereta prebet sapu kepada rakan Anjang Dollah. Dia sendiri bagai tidak percaya apa yang dialami.

Menurut pemandu itu, dia mendapat panggilan dari seorang pelajar perempuan sekitar pukul 3.00 pagi kononnya baru sampai dari Kuala Lumpur menaiki bas. Bas memang akan menurunkan penumpang sekitar waktu itu dari KL di stesen bas Changlun. Pelajar itu berkata dia akan tunggu prebet sapu itu sampai dibawah pohon pokok dihadapan stesen bas. Prebet sapu itu kenal dengan pelajar ini kerana kerap juga pelajar ini mengunakan khidmatnya kerana pelajar ini tinggal di luar kampus iaitu di kolej Bukit Kachi.

Dek kerana pemandu itu menerima panggilan ketika dalam keadaan mamai, selepas menjawab panggilan telefon itu, beliau tertidur semula dan hanya tersedar sekitar pukul 4 pagi. Dia segera bergegas membasuh muka dan mencapai kunci keretanya serta bertolak ke stesen bas Changlun bagi menjemput pelajar itu. Pastinya dia rasa amat bersalah kerana tertidur semula tadi menyebabkan pelajar itu menunggu lama.

Setibanya di stesen bas Changlun, pemandu itu melihat dibawah pokok itu berdiri seorang pelajar perempuan dan dia pasti pelajar itulah yang menelifonnya tadi. Sejurus tiba, tidak putus-putus dia mengucap maaf atas kelewatannya. Pelajar itu hanya mengangguk dan tunduk. Mungkin kerana mengantuk dan penat pelajar itu malas mahu melayan alasan pemandu prebet sapu itu lalu masuk ke dalam kereta disebelah pemandu.

Perjalanan mereka seperti biasa. Pelajar itu masih tunduk dengan rambutnya menutup wajahnya. Pemandu itu malas mahu menganggu kerana fikirkan pelajar itu pastinya mengantuk. Namun sejurus tiba di pertengahan perjalanan antara kampus UUM dan Kolej Bukit Kachi, dimana kawasan itu hanya hutan, tiba-tiba pelajar itu mendongak dan memandang ke arah pemandu prebet sapu itu dengan wajah tersenyum lebar. 

Terkejut besar pemandu tadi apabila melihat wajah pucat dan berkedut pelajar itu apatah lagi senyuman ittu diiringi tawa yang menakutkan. Bagai mahu tercabut jantung apabila mengenangkan dia sudah tersilap mengambil penumpang. Dek kerana sudah hampir sampai kolej tersebut, digagah nya juga membawa lembaga itu ke ke sana walaupun ada juga niat hatinya mahu berpatah balik. Namun untuk membuat u-turn pastinya sukar dijalan yang sempit ini.

Apabila tiba di pintu masuk, pemandu itu hairan kerana tiada pengawal keselamatan mengawal di depan.Tiba-tiba lembaga itu bersuara mahu pemandu itu menghantarnya ke tangki air besar kolej itu. Pemandu itu menurut sahaja namun akhirnya dia berhenti di blok pelajar berhampiran tangki air itu sahaja dan tidak sanggup meneruskan memandu berhampiran tangki lagi.

Sejurus berhenti, dia membuka pintu kereta dan berlari sekali lagi ke pondok pengawal. Lega hatinya kerana rupanya memang ada pengawal tetapi tadi dia hairan, kenapa tiada pengawal disaksikan. Tanpa membuang masa, dia mengajak pengawal ke kereta nya semula bagi melihat sendiri siapa penumpang yang menumpangnya tadi.

Pengawal menyuluh di dalam kereta. Kereta itu kosong tanpa penumpang dan di bonet kereta juga sudah tiada beg pakaian. Selepas subuh dan hari siang, barulah pemandu itu pulang ke rumahnya kerana masih trauma ditumpang lembaga misteri.     

Disingkap Oleh :


Apa Komen Anda?

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...