Friday, 19 December 2014

UUM Sintok : Pontianak Kolej Petronas


Lagi kisah seram di UUM Sintok. Kisah ini sangat menghantui pelajar-pelajar baru apabila ada sebahagian senior mengimbau ceritanya di zaman orentasi. Tetapi bagi Anjang Dollah, kisah ini diambil sendiri dari mulut bekas Pengetua Kolej Petronas UUM dimana kejadian ini berlaku di era dia menjadi pengetua kolej kediaman ini.

Siapa yang tidak ingat, design kolej Petronas dan beberapa kolej kediaman lain di UUM (Sekarang dipanggil Dewan Penginapan Pelajar). Setiap bilik bukannya mengadap bilik lain, tetapi hanya balconi dan terus mengadap luar. Hanya kolej-kolej baru sahaja seperti di Bukit Kachi mengadap sesama bilik. Jadi design lama ini langsung tidak praivesi dan membolehkan mata-mata liar melihat pergerakan pelajar terutama pelajar perempuan.

Apa yang diceritakan oleh bekas pengetua Kolej Petronas ini adalah pada 1 malam di minggu study. Seorang pelajar perempuan ini sibuk menelaah pelajaran sementara rakan sebiliknya lena tidur, Jam memang sudah lewat melepasi sepertiga malam. 

Sedang dia leka menelaah pelajaran, tiba-tiba pintu biliknya diketuk orang. Ketukan laju dan kuat itu menyebabkan dia tidak mahu menunggu lama untuk membuka kerana kuatir menganggu rakannya sedang tidur. Di fikirannya ketika itu tidak terfikirpun benda yang bukan-bukan.

Namun, sejurus dia membuka pintu, sejurus itu juga didepan mukanya dihulur seorang bayi berlumuran darah oleh seorang perempuan berwajah hodoh, berdarah dan menakutkan. Pelajar itu hanya mampu terpaku dan terus rebah pengsan.

Beliau hanya terjaga selepas dipulihkan oleh seorang ustaz dan dilihat sekelilingnya ramai rakan termasuk pengetua kolej tersebut. Lalu diceritakan pada semua apa yang dilihatnya semalam. 

Kejadian itu benar-benar menganggu emosi pelajar ketika itu.

Disingkap Oleh :


Apa Komen Anda?

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...