Wednesday, 17 December 2014

BATU KURAU : Lelaki Tua Tak Berkaki, Bebola Api & Wanita di Tengah Hutan


Ketika itu saya masih belajar di Tingkatan 6, Sek Men King Edward VII. Setiap hari saya berulang alik dari kampung saya di Batu Kurau ke Taiping. Perjalanannya lebih kurang 35 minit dengan motosikal dan sejam lebih dengan bas. Jaraknya tidaklah terlalu jauh tetapi jalan yang menghubung kedua tempat ini yang menjadikan perjalanannya agak lama. Jalanrayanya ‘seperti ular kena palu’ dan di kiri kanan pula hutan tebal yang tak berpenghuni. Bagi saya dengan jiwa remaja pada ketika itu, jalanraya ini merupakan trek yang cukup mencabar untuk lap dan lumba motor dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tempat letak kaki akan bergeser pada jalan dan mengeluarkan api.

Sebenarnya jalanraya tunggal yang menghubung Batu Kurau dan Taiping ini mencatat banyak kisah-kisah seram. Abang saya sendiri yang bekerja sebagai pemandu teksi pernah terserempak dengan babi putih yang melintas jalan dan pernah juga bebola api menyala-nyala di depan cermin teksinya. Abang saya sendiri jika sudah lewat malam sedangkan tidak ada penumpang yang ingin balik ke Batu Kurau maka dia akan tidur saja dimana-mana masjid atau dalam teksinya sendiri. Begitu juga dengan pemandu-pemandu teksi yang lain dengan cerita mereka masing-masing. 

Ada yang tiba-tiba melihat basikal tua yang ditunggangi lelaki tua yang tak berkaki memotong dengan laju. Ada yang pernah nampak wanita sambil mendukung anak menahan teksi ditengah-tengah hutan tempat yang memang tak ada rumah sebijipun dan berbagai cerita-cerita lain. Kebetulan pada masa itu ayah dan abang saya juga bekerja sebagai pemandu teksi, jadi hubungan saya dengan pemandu-pemandu lain agak rapat. Bolehlah sembang-sembang kongsi pengalaman. Pada suatu hari, setelah habis kelas tusyen di Taiping saya dan beberapa orang kawan berjalan-jalan hinggalah ke lewat malam. Kawan-kawan saya tu semuanya orang Taiping. 

Jadi tidak ada masalah untuk pulang. Yang jadi masalahnya ialah saya sendiri. Nak balik dengan motosikal memang sesuatu yang diluar perancangan saya, jadi sayapun ke Masjid. Ketika sedang termenung di tempat letak motor di kawasan masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki yang umurnya sekitar 30an menghampiri saya. Badannya besar dan amat tinggi. Saya ni memang seorang yang peramah, pantang jumpa siapa saja tentu saya akan menyapa dan bersembang. Lelaki tadi memang agak peramah. Setelah bertegur sapa, lelaki yang tinggal di Selama, Perak itu mula menceritakan maksud kedatangannya ke Taiping. Ada perjumpaan MLM ( Multi Level Marketing) katanya.

Sepatutnya majlis habis awal tetapi kerana beberapa sebab meetingnya habis agak lambat. Sekarang ni memang tak berani dia nak balik ke Selama. Pekan Batu Kurau ni berada di tengah-tengah antara Taiping dan Selama. Bayangkanlah nak balik ke Selama ditengah-tengah malam dengan motosikal. Memang tak pernah orang buat (pada masa itu; sekarang jalanrayanya dah banyak perubahan dan semakin banyak penempatan di jalanan. Kalau dulu memang hutan rimba). “Kalau nak balik Selama terus memang tak berani, tapi kalau boleh ke Batu Kurau dulu, tentu esok saya boleh balik awal pagi dan sampai lebih awal. Sayapun ada urusan penting pagi esok”. Katanya dengan nada garau seolah meminta perhatian dan simpati. “Macam nak minta tumpang tidur rumah aku saja” Fikir saya dalam hati. 

Saya sengaja buat-buat tak faham. Bukan tak kesian, tapi sayapun baru saja mengenalinya, tak tahu lagi hati budinya takkan nak jadikan dia sebagai teman untuk balik ke Batu Kurau yang akan melintasi hutan rimba. Tambahan malam pula, perjalanannya tentu sejam lebih. Diapun mula mengolah berbagai bentuk ayat supaya saya faham maksudnya tetapi tetap saya buat-buat tak faham. Akhirnya setelah agak kecewa, diapun terdiam. Tiba-tiba dengan dia memandang ke arah saya dengan renungan tajam. 

Matanya bersinar seolah-olah marah dan pandangannya amat menyeramkan. Perlakuannya itu menimbulkan seribu rasa dan kejutan. Saya pun terus hentakkan pedal motor untuk hidupkan enjin (pada masa tu memang kami bersembang di atas motosikal masing-masing) dan saya terus pulaskan minyak lalu terus memecut menghala ke rumah saya. Sedar-sedar saja saya dah berada ditengah-tengah kawasan hutan. Sekali-sekala saya menoleh ke belakang kalau-kalau ada motosikal yang mengekori saya. 

Namun tidak apa-apa dan bayangan lelaki tersebut juga tidak kelihatan. Saya yang dari tadi meremang sejuk terus menyambung perjalanan sambil berdoa dijauhi perkara-perkara tidak dingini. Sehinggalah saya sampai di rumah saya menganggap itu semua dugaan Allah s.w.t. Bagi saya ia adalah pengalaman yang memang menyeramkan apa bila teringat wajah lelaki tad

Disingkap Oleh :


Apa Komen Anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...