Thursday, 18 December 2014

UUM SINTOK : Kisah Hantu DI Kolej Telekom


Kisah seram ini dialami sendiri oleh rakan Anjang Dollah ketika sama-sama menuntut di UUM Sintok dulu. Pastinya amat sayang, kepada bekas pelajar UUM yang tidak pernah dengar kisah ini dan pergi sendiri melawat tempat kejadian kerana kesan dan tempat yang dikatakan itu masih wujud dan rasanya kekal wujud sehingga kini.

Anjang Dollah sendiri pernah ke tingkat 4 blog lelaki Kolej Telekom UUM dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam bilik paling hujung sayap blok dimana bilik inilah pelbagai kisah seram diceritakan oleh pelajar di blok tersebut. Paling menyeramkan serta menimbulkan persoalan, kesan tapak kaki siapakah yang terus berbekas di simen lantai berhampiran bilik tersebut yang masih kekal sehingga kini jika pihak kolej masih belum membuat proses pemadaman. Anjang Dollah sendiri melihat bekas tapak kaki itu yang bukan dipunyai oleh seorang manusia.

Bilik paling tersorok ditingkat 4 blok lelaki itu ditinggalkan oleh pihak kolej kosong bertahun-tahun lamanya. Bayangkan, hanya bilik itu sahaja dikalangan bilik-bilik yang ada masih usang, dengan cat lama tanpa ada sebarang perabot. Menurut sumber kolej, pihak kolej pernah cuba masukkan perabot di dalamnya namun, sebelum minggu orentasi, proses semakan bilik amat terkejut kerana perabot di dalam bilik itu, diselerakkan dengan cermin dipecahkan dan katil ditungang tebalikkan. Sejak dari itulah, bilik itu terus dikosongkan.

Apa yang menghantui pelajar berkaitan bilik itu??
Mereka sering melihat, di waktu malam, bilik itu yang tiada penghuni akan dinyalai sendiri lampunya tanpa ada sesiapapun berani membuka bilik itu. Jika nasib kurang baik, mereka akan nampak bayangan seorang wanita berambut panjang berdiri mengadap tingkap di dalam bilik itu. Paling malang, pelajar tingkat 3 yang mana bilik berhantu itu betul-betul berada di atas bilik mereka. Ada yang pernah diganggu terutama di lewat malam.

Pernah diceritakan pelajar yang duduk di tingkat 4 yang sama berhampiran bilik berhantu itu diganggu oleh hantu seorang wanita. Pelajar itu katanya tertido di atas katilnya. Ditengah malam, dia terjaga dan terkejut, kerana disebelah katil kawannya duduk seorang wanita berambut panjang dan bebaju putih. Namun dalam keadaan mamai pelajar itu tidur semula dan keesokan harinya,dia sendiri tidak dapat menduga kejadian malam semalam adakah mimpi atau benar.

Seorang pelajar lain, berbangsa cina pernah tiba-tiba dicekik dari belakang semasa sedang sibuk menalaah pelajaran. Hampir beberapa minit dia tidak bernafas namun selepas meronta, barulah cekikan itu dilepaskan dan dia mampu bernafas semula. Khabarnya  bilik berhantu itu pernah diduduki oleh seorang pelajar perempuan yang membunuh diri di dalam loker kerana tekanan cinta. Selepas itu lah, blok itu ditukarkan sebagai blok pelajar lelaki.

Semua kisah diatas, memangnya kisah benar diceritakan oleh mangsa sendiri kepada Anjang Dollah. Namun tahun 2014, semasa kunjungan Anjang Dollah ke UUM, kawan Anjang yang kini felo di kolej itu memberitahu, bilik itu sudah dibersihkan dan kini ditempatkan pelajar antarabangsa disitu. Sehingga kini, tiada apa-apa lagi gangguan dilaporkan. Namun, kesan tapak kaki itu masih kekal.

Disingkap Oleh :


Apa Komen Anda?

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...