Sunday 2 December 2018

Pengalaman Seram Di Sebuah Sekolah Di Ipoh

Kami yang senior ni ingat ada junior yang tidak tidur lagi, memang nak kena la. Acah-acah garang la kononnya. Apabila kami sampai kat dorm junior, semua lampu kat seluruh dorm dah terpasang terang benderang. Junior tengah berkumpul atas lantai dengan tilam yang diturunkan, duduk keliling seorang budak tingkatan 2 yang tengah terbaring pucat. 

Diorang semua duduk keliling tapi mengadap keluar. Ada yang pegang yassin, ada yang baca yassin, ada yang dok peluk lutut dan macam-macam lagi la. Muka semua kemain pucat lesi masing-masing. Mula-mula nak marah terus tak jadi. Kemudian kami pun tanya, ada apa masalah dan apa yang dah berlaku? Jadi ketua dorm tu cerita la. 

Masa tu dalam jam 3 pagi dah, semua junior memang dah tido di katil masing-masing dalam kelambu. Lampu dorm memang dah dipadamkan, yang ada cuma limpahan lampu koridor yang menerangi sesetengah tempat. Tiba-tiba budak yang terbaring tengah-tengah tu terbangun sebab dia dengar pintu dorm terbuka. 

Dia pun pandang ke arah pintu sebab katil dia berdepan dengan pintu. Masa tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu tapi tak nampak dengan jelas sebab cahaya tak begitu terang lagi pun dia pakai kelambu jenis kain yang tebal bukan jaring-jaring plastik tu. 

Pastu dia buat tak tau la sebab dia fikir mungkin warden nak check sebab memang selalu warden akan check. Tapi dia tak terpikir masa yang mana ada warden perempuan akan check malam-malam buta dan sorang-sorang pula tu. Ini kan sekolah lelaki, mungkin sebab mamai jadi dia tak terpikir la sampai ke situ. 

Dalam masa dia mamai-mamai tu dia nampak sesusuk lembaga tu berjalan ke arah katil dia. Masa itulah dia dah rasa lain macam tapi takda la sampai nak menjerit, dia cuma duduk relaks sahaja. Lepas tu lembaga tu berdiri sebelah katil dia. Dia dok katil bawah. Lembaga tu macam cakap-cakap dengan kawan dia yang kat katil atas tapi perlahan je. 

Jadi dia fikir ok la, mungkin warden sebab atas dia tu katil ketua dorm. Mungkin warden nak bagi apa-apa arahan. Lepas lebih kurang 2 ke 3 minit macam tu, lembaga tu membongkok dan terus bukak pintu kelambu dia and masukkan kepala. hantu katil Muka dia buruk-seburuknya dan dia tanya “Dik, kenapa orang atas tak nak bangun?” 

Dia punya terkejut sampai tak boleh keluar suara. Dia terus berpusing sampai jatuh dari katil dan kelambu dia terus koyak rabak. Dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi. Lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda. 

Bila dah bising-bising tu, semua orang dikejutkan. Masa itulah kami dengar bunyi bising sebab diorang sibuk tarik tilam turun atas lantai sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil masing2 malam tu. Keesokan harinya kami pula kena berjaga depan dorm diorang. 

Lesen besar tu, warden bagi stay up sebab kisah tu dah kecoh satu sekolah. Jadi warden suruh jaga junior. Budak yang kene sakat tu demam seminggu, balik kampung.

Disingkap Oleh :

Apa Komen Anda?

No comments :

Recent Posts Widget