Saturday 8 December 2018

Diganggu Ketika Kerja Overnight Di Pejabat



Lelaki ini kongsi video mengejutkan! Paparan skrin ciapan PU Nasir Pasir berkenaan insiden itu. (Ubah saiz teks) TULAR sebuah rakaman video seorang lelaki sedang bekerja lewat malam di sebuah pejabat yang dikatakan berdepan gangguan mistik.

Kisah yang dikongsikan itu menarik perhatian netizen di laman mikro Twitter. Video berdurasi 18 saat itu tular sejak 4 Disember lalu setelah dimuat naik di Twitter, PU Nasir Pasir. 

Menerusi entri itu, lelaki di dalam video itu adalah rakannya yang bekerja sehingga lewat malam dan secara tiba-tiba berasa dirinya diperhatikan daripada belakang sehingga mendorongnya merakam video mengguna telefon pintar.

Tiba-tiba apa yang berlaku, kerusi di belakangnya secara tiba-tiba bergerak dan berpusing sendiri tanpa sesiapa di sisi kerusi berkenaan. Video itu rata-rata menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman aneh dan pelik ketika berada di pejabat secara bersendirian ketika waktu malam.

Kata Azizi Ariffin, pengalaman aneh itu sering berlaku di makmal komputer sekolahnya. Menurutnya, beberapa barang yang telah tersusun rapi pada keesokannya akan bersepah dan sangkaan awal berkemungkinan dimasuki pencuri.

Namun setelah melihat menerusi rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), dikatakan berlaku gangguan mistik seperti kerusi bergerak sendiri, komputer akan tertutup dan terbuka tanpa diusik.

Ada juga yang berseloroh berkata, mungkin 'dia' marah sebab tak dapat hidupkan komputer. "Dia stress tu buka pc tak boleh," tulis miss'a.

Disingkap Oleh :


Sunday 2 December 2018

Kisah Seram Bilik No. 15 Hotel Di Port Dickson



Nama aku Amer Eddy. Ni aku nak ceritalah juga peristiwa yang terjadi pada diri aku. Masa itu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat. Aku saja-saja pusing pergi kat Port Dickson. 

Masa tu sebab aku nak lihatlah juga pantai dia. Bolehlah tahan lawa, tapi lawa tempat aku lagilah. Nak dijadikan cerita tanpa disedari hari dah pun malam. Aku nak teruskan perjalanan rasa dah tak larat pula. Selalunya kalau aku jalan jauh, mesti ada sorang lagi kawan aku yang pandai pandu kereta. Tapi kali ini, aku seorang diri saja. 

Jadi aku ambil keputusan untuk bermalam sahaja dekat hotel di situ. Jarum jam aku menunjukkan pukul 8.45 malam. Setibanya aku di hotel tu, aku terus pergi ke kaunter hotel dan dapatkan kunci bilik untuk tidur. Lepas dapat kunci, aku teruslah ke bilik aku. Aku masih ingat lagi nombor bilik aku tu, Bilik 12. Lepas sahaja mandi, aku terus baring dekat katil aku tu. Punyalah lena aku tidur sampai tak sedar dah pukul 12.30 malam. 

Dan masa itu jugalah perut aku seolah-olah menangis diminta diisi. Aku pun bersiaplah untuk keluar makan. Bila saja aku nak buka pintu bilik hotel, tiba-tiba pintu itu tak boleh dibuka. Entah macam manalah tak boleh dibuka. Aku ketuk-ketuk pintu tu. Sampai sakit tangan aku. 

Dah sejam lebih aku cuba buka pintu tu, namun sia-sia saja usaha aku tu. Aku cuba juga guna telefon yang ada dalam hotel itu, tapi kenapalah masa tu juga tak boleh guna pula. Dalam hati aku rasa nak tumbuk saja hidung pemilik hotel ni. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku baring dekat katil sambil dengar walkman. 

Aku ingat lagi lagu yang aku dengar Nur Nilam Sari. Mata aku dah nak lelap balik. Belum sempat aku terlena, tiba-tiba aku terdengar suara lembut memanggil aku. “Ammerrrrr……”. Tapi aku positif saja. Aku fikir ilusi aku saja tu. Lepas itu aku dengar sekali lagi orang memanggil. “Ammerrrrr…. Tolonggg”. Aku cabut earphone dari telinga aku. Aku buka mata. Bilik aku gelap sahaja masa tu. Serentak dengan itu, aku dengar suara tak putus-putus memanggil aku. Suara itu datang betul-betul dari katil sebelah aku saja. 

Ya Rabbi. Tuhan saja yang tahu berapa takutnya masa tu. Aku selimut seluruh badan aku dengan kain selimut. Suara tadi tetap tak putus-putus memanggil aku. AKu gabra gila. Aku pun beranikan diri, cuba jawab. Aku tanya dia, “Kau Siapa?”. Dia kata namanya Marina. Dia beritahu yang dia mati dalam bilik ini kerana dibunuh oleh kawan dia sendiri. Aku terus baca ayat Al-Quran yang aku inget. 

Entah ayat apa yang keluar masa itu. Aku tutup kepala ak dengan bantal, tapi suara tu masih lagi kedengaran. Aku menjerit minta tolong. Sampai habis suara aku. Tetapi yang peliknya, kenapa suara aku orang tak dengar? Aku hanya dengar suara tadi mengilai-ngilai memangil nama aku je. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku baring macam patung saja atas katil itu. Aku dengar sayu-sayu suara tadi menangis, mengilai dan macam-macam bunyi. 

Dah sekian lama aku pun tak sedar bila ak tertidur semula. Aku buka mata. Hari dah pun siang dan jam menunjukkan 11.00 pagi. Aku kemas barang-barang aku, aku nak keluar dari hotel itu secepat mungkin. Bila aku nak keluar dari hotel itu. 

Aku buka pintu tu, “Eh, senang pula nak buka pintu ni?”. Bila aku pergi dekat kaunter nak bayar sewa bilik tu, apalagi memang aku marah-marahlah dekat staf disitu sebab pintu susah nak buka. Lepastu telefon pun tak boleh guna. Mereka juga cakap yang mereka tak dengar aku ketuk pintu berkali-kali dan jeritan aku malam semalam tu pun mereka tak dengar. 

Bila aku cakap nombor bilik 12, dia kata dia hantar orang untuk kemas dalam bilik 12 tapi tak ada orang tinggal dalam tu. Aku bertekak dengan mereka dan aku ajak ke bilik yang aku tidur malam tadi. Tapi macam manalah bilik yang aku tidur itu, sebenarnya nombornya adalah 15. Bilik itu hujung sekali. Bilik nombor 12 padahal memang dekat dengan tangga.

 Sahlah aku silap bilik. Tapi kenapa kunci boleh buka bilik tu? Lepas itu seorang staf, dia tarik aku. Dia cakap, bukan aku seorang kena macam ini. Sebelum ni ada juga yang terkena, dia pun ceritalah, bilik hujung tu sememangnya berkunci sebab bilik tu KERAS. Aku hairan, kenapalah mata aku kabur tak nampak nombor bilik? Aku pun terus beredar dari hotel itu tanpa perlu membayar apa-apa, sebabnya aku dikira bermalam dalam bilik yang tidak sepatutnya. Semuanya telah terjawab. 

Aku tak sangka aku bermalam dalam bilik orang kena bunuh. Nama hotel tak boleh aku sebut kerana nak jagalah sedikit perniagaan mereka. Tapi apapun berhati-hatilah bila sewa hotel seorang diri ya. Sekian. 

SUMBERS – Petikan cerita daripada Amer Eddy via Apakes.com Artikel Penuh: https://www.orangnogori.com/kisah-seram-bilik-hotel-no-15-di-port-dickson.html © orangnogori.com

Disingkap Oleh :

Pengalaman Seram Di Sebuah Sekolah Di Ipoh

Kami yang senior ni ingat ada junior yang tidak tidur lagi, memang nak kena la. Acah-acah garang la kononnya. Apabila kami sampai kat dorm junior, semua lampu kat seluruh dorm dah terpasang terang benderang. Junior tengah berkumpul atas lantai dengan tilam yang diturunkan, duduk keliling seorang budak tingkatan 2 yang tengah terbaring pucat. 

Diorang semua duduk keliling tapi mengadap keluar. Ada yang pegang yassin, ada yang baca yassin, ada yang dok peluk lutut dan macam-macam lagi la. Muka semua kemain pucat lesi masing-masing. Mula-mula nak marah terus tak jadi. Kemudian kami pun tanya, ada apa masalah dan apa yang dah berlaku? Jadi ketua dorm tu cerita la. 

Masa tu dalam jam 3 pagi dah, semua junior memang dah tido di katil masing-masing dalam kelambu. Lampu dorm memang dah dipadamkan, yang ada cuma limpahan lampu koridor yang menerangi sesetengah tempat. Tiba-tiba budak yang terbaring tengah-tengah tu terbangun sebab dia dengar pintu dorm terbuka. 

Dia pun pandang ke arah pintu sebab katil dia berdepan dengan pintu. Masa tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu tapi tak nampak dengan jelas sebab cahaya tak begitu terang lagi pun dia pakai kelambu jenis kain yang tebal bukan jaring-jaring plastik tu. 

Pastu dia buat tak tau la sebab dia fikir mungkin warden nak check sebab memang selalu warden akan check. Tapi dia tak terpikir masa yang mana ada warden perempuan akan check malam-malam buta dan sorang-sorang pula tu. Ini kan sekolah lelaki, mungkin sebab mamai jadi dia tak terpikir la sampai ke situ. 

Dalam masa dia mamai-mamai tu dia nampak sesusuk lembaga tu berjalan ke arah katil dia. Masa itulah dia dah rasa lain macam tapi takda la sampai nak menjerit, dia cuma duduk relaks sahaja. Lepas tu lembaga tu berdiri sebelah katil dia. Dia dok katil bawah. Lembaga tu macam cakap-cakap dengan kawan dia yang kat katil atas tapi perlahan je. 

Jadi dia fikir ok la, mungkin warden sebab atas dia tu katil ketua dorm. Mungkin warden nak bagi apa-apa arahan. Lepas lebih kurang 2 ke 3 minit macam tu, lembaga tu membongkok dan terus bukak pintu kelambu dia and masukkan kepala. hantu katil Muka dia buruk-seburuknya dan dia tanya “Dik, kenapa orang atas tak nak bangun?” 

Dia punya terkejut sampai tak boleh keluar suara. Dia terus berpusing sampai jatuh dari katil dan kelambu dia terus koyak rabak. Dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi. Lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda. 

Bila dah bising-bising tu, semua orang dikejutkan. Masa itulah kami dengar bunyi bising sebab diorang sibuk tarik tilam turun atas lantai sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil masing2 malam tu. Keesokan harinya kami pula kena berjaga depan dorm diorang. 

Lesen besar tu, warden bagi stay up sebab kisah tu dah kecoh satu sekolah. Jadi warden suruh jaga junior. Budak yang kene sakat tu demam seminggu, balik kampung.

Disingkap Oleh :

Tangisan Sayu Si Pembunuh Diri


1. Paparkan kali ini adalah hasil temubual seorang wartawan Utusan dengan seorang bekas jururawat bernama Selvi. Tidak berapa lama dahulu, saya menerima tawaran pakej perubatan dari sebuah syarikat swasta. Penerangan pakej dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Serdang. 

2. Seorang wanita berbangsa India memeriksa tekanan darah saya, di samping memberikan pelbagai penerangan tentang bahaya penyakit yang sering menimpa masyarakat kita. Biasalah, sudah namanya wartawan, dalam pada dia mempromosikan pakejnya, saya pula sempat mencelah bertanya macam-macam soalan. 

3. Dari situ saya mendapat tahu namanya Selvi dan dia adalah bekas jururawat. Apa lagi, saya terus “pasang perangkap”, saya dengar di hospital sering berlaku kejadian-kejadian misteri. Betul ke, Selvi? “Hahaha… ya betul Encik Zul,” jawab Selvi, lalu menceritakan kepada saya tentang kejadian-kejadian misteri semasa dia masih menjadi jururawat di sebuah hospital kerajaan. 

4. Kejadian pertama berlaku ketika Selvi buat pertama kalinya bekerja shif malam, di wad ICU. Dah namanya bertugas malam, memanglah mengantuk. Lantas Selvi duduk di kerusi berhampiran dengan meja kaunter, memasang walkman dan memejamkan mata. Fikirannya mula melayang, jauh dan sunyi. Tiba-tiba, BBAMMM!! “Bangun! Jangan tidur di sini!” seorang jururawat Cina tiba-tiba saja datang menyergah dan menampar pipinya, kemudian terus berlalu pergi dari situ. hantu Selvi memang terperanjatlah. 

5. Sudahlah kena marah, kena tampar pula tu. Tapi siapa pula jururawat Cina tadi? Rasanya dia tak kenal pun siapa jururawat itu. Dalam keadaan binging, Selvi pun bertanya kepada seorang kawan, namun kawannya bertegas mengatakan tiada sesiapa yang lalu di kaunter itu. Lagi pun hanya mereka berdua sahaja jururawat yang bertugas pada ketika itu. 

6. Esoknya Selvi menceritakan peristiwa yang dialaminya malam itu kepada kawan-kawannya yang lain. Mereka hanya ketawa saja mendengar cerita Selvi. Kata mereka, apa yang berlaku itu bukanlah perkara pelik. 

7. Sebab itu kalau ada antara mereka yang bertugas shif malam, mereka tidak akan tidur walaupun mata sudah benar-benar mengantuk. “Kawan-kawan yang senior juga selalu berpesan, kalau kerja pada waktu malam, simpan benda-benda tajam macam gunting di dalam poket sebab “makhluk itu” takut pada benda-benda tajam. 

8. Kalau nampak jelmaan-jelmaan pelik, diamkan saja, kerana itu mungkin jelmaan pesakit yang telah meninggal dunia,” kata Selvi. Selvi juga memberitahu saya, pada mulanya dia tidak percaya pada nasihat dan cerita senior-senior tersebut. Mungkin mereka saja hendak menakut-nakutkan dirinya saja, hinggalah pada suatu malam apabila dia sendiri terdengar suara perempuan menangis teresak-esak. tangisan hantu “Suaranya kedengaran begitu sayu dan menakutkan. Saya cari dari mana datangnya arah tangisan itu. 

9. Akhirnya saya jumpa. Rupa-rupanya suara tangisan itu datang dari katil seorang wanita yang mati membunuh diri akibat putus cinta. Di katil itulah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas beberapa hari terlantar kerana meminum racun,” cerita Selvi.

Disingkap Oleh :

Recent Posts Widget