Friday, 26 December 2014

Hantu Di Hotel Sungai Petani Mengusik


Aku ni sebenarnya tak tahu sama ada aku ni “sensitive” atau tidak.. Selalunya, aku boleh merasakan kehadiran makhluk halus yang tidak diundang disekeliling aku, terutamanya di tempat baru. Kawan-kawan aku selalu suka membawa aku pergi ke tempat yang mereka ingin lawati terlebih dahulu sebelum mereka membuat tempahan kat hotel yang mereka ingin sewa. Mereka mahu melihat sama ada tempat tu ok atau tidak. Pengalaman seram yang sememangnya tak dapat ku lupakan selagi aku masih bernyawa ni adalah pengalaman yang ku alami di sebuah hotel di sebuah pekan kecil di utara semenanjung. Kali pertama aku menjejakkan kaki di pekan itu adalah pada tahun 1998.

Aku suka akan kehijauan dan kedamaian pekan tersebut, tetapi bukan hotel yang aku diami. Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut, perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih menusuk di dalam sanubari aku. Aku ingat kan mungkin keadaan masa itu, (aku sampai kat hotel dalam pukul 6:30 petang) dan aku buat tak tahu je. Aku ditempatkan disebuah bilik terakhir di block baru. Bila aku masuk, aku dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, terlalu dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, aku rasa seperti aku diperhatikan. Aku pun ikat langsir dan aku dapati bilik aku mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang.

Aku pun segera meminta pihak hotel menukar bilik aku dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan aku. Aku tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan. Kali kedua aku ke pekan itu, aku ditempatkan di hotel yang sama. Tempoh kali ini adalah lebih panjang, lebih kurang dua bulan setengah. Aku telah ditempatkan di bilik tidak jauh dari bilik lama dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Aku terjaga setiap malam pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi.

Bayangkan keadaan aku ketika itu, tanpa tidur yang cukup dan terpaksa ke pejabat keesokan harinya. Pada satu malam, dalam lebih kurang pukul 10, aku pun menjalankan operasi biasa aku, check semua pintu dan tingkap sama ada telah aku kunci atau tidak. Aku pun check pintu sliding door balcony bilik aku tu, yelah petang tadi aku lepak kat situ sambil minum kopi mengadap swimming pool. Mana tau kot-kot aku terlupa menguncinya. Apabila aku tutup semula sliding door tu, aku terbau sesuatu yang amat busuk macam bau bangkai. Aku segera memeriksa kasut aku, mana tau aku terpijak taik kucing ke, bangkai tikus ke tetapi kasut-kasut aku tak ada bau.

Aku pun buat kesimpulan bahawa mungkin bau tu masuk bilik aku masa aku bukak pintu sliding door tadi. Mungkin ada tikus mati kat taman bawah bilik aku tu kot (walaupun petang tadi masa aku lepak kat situ, mana ada bau busuk). Aku terjaga seperti biasa dalam pukul 2 pagi. Aku cuba juga untuk melelapkan mata tapi setiap kali aku cuba untuk berbuat demikian, aku ternampak seperti bayang-bayang yang terbang di atas kepala ku. Ini adalah kerana keadaan dalam billik tersebut boleh dilihat dari atas katil kerana bilik itu banyak dihias menggunakan cermin. Aku seperti diperhatikan. Aku pun apa lagi, terus berjaga sampai pukul 6 pagi. Nasib baik masa tu siaran TV3 24 jam, boleh jugak aku pasangkan suara tv tu dan cuba menonton program yang ada.

Keesokan harinya, aku balik kerja cepat sebab aku ada projek, baca Yassin selepas solat Maghrib dan Isyak. Aku pun meneruskan projek yang telah ku rancang. Lebih kurang dalam pukul sepuluh, aku pun tertidur. Aku terjaga lagi pada malam itu dalam pukul 1 kerana aku terbau bau limau nipis yang kuat dalam bilik aku. Ini sudah kerja gila, aku memberitahu diriku. Aku berasa seolah-olah bilik tersebut penuh dan suasana dalam bilik itu panas dan tidak selesa langsung. Aku terdengar seperti orang berbisik tetapi tak tau biji butir percakapanya tapi aku tahu, aku tidak diterima untuk berada di situ. Aku menggeletar di atas katil sendirian dan berperang dengan perasaan aku. Hati aku berbisik mengatakan kalau aku tak keluar dari bilik ni pukul 3 pagi, sesuatu yang buruk akan menimpa diri aku.

Tepat-tepat pukul 3 pagi, aku lari keluar dari bilik aku dan terus ke lobi. Aku duduk dilobi dengan baju sejuk, bantal dan walkman. Aku duduk di situ dengan aman dan tenteram sehinggakan aku boleh tertidur di situ. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu berdiri disebelah ku. Rupa-rupanya para petugas malam hotel tersebut datang kepada ku dan bertanya kenapa aku berada di situ dan juga dengan celuparnya bertanya, sama ada bilik aku ada hantu ke? Yang aku ingat aku memberitahu mereka “Tolong tukar bilik I, I nak bilik lain la”. Berulang kali aku mengatakan perkara yang sama. Kemudian, petugas itu meninggalkan aku. Dalam pukul 6, aku telah dikejutkan oleh seorang pakcik yang baru masuk kerja syif yang sudi menolong aku pindah ke bilik baru.

Aku berasa berat hati tetapi pakcik tersebut berjanji akan menunggu aku pack barang aku dan mengangkatnya sehingga ke bilik baru. Pakcik itu membawa barang aku dan menunjukkan bilik baru aku. Terima kasih pakcik, jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila. Tapi yang menjadi pertanyaan pada diri aku sampai hari ini, semua pekerja hotel terbabit seolah-olah tahu sesuatu telah berlaku semasa aku lari keluar dari bilik aku tetapi tidak mahu memberitahu aku. Oklah, setelah ditempatkan dibilik baru, apabila aku balik dari kerja petang tu, receptionist kata diorang dah upgrade bilik aku dari deluxe ke junior suite dan pada harga bilik deluxe. Diorang upgrade kan bilik aku sebab diorang kata, dekat “wing” bilik lama aku tu, cuma aku sorang je yang ada, bilik lain semuanya kosong. Walaupun ada guard rounding, diaorang takut kalau jadi apa-apa, tak ada orang yang tahu…. Tiba-tiba buat aku terfikir, mungkinkah mereka tahu keadaan sebenar hotel diorang tapi tak nak takutkan pelanggan, almaklumlah, nanti tak ada bisnes. Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist.

Diorang dah siap angkut barang² aku dan letakkan kat bilik baru. Aku pun apa lagi, seronok lah tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa diriku seterusnya. Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Aku masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Aku cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat “benda-benda” tu semuanya bertempiaran lari dari bilik aku. Pada satu malam, seperti biasa dalam pukul 1 pagi aku terjaga, kali ini aku amat terkejut kerana aku terhidu bau shampoo yang masih segar, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi.

Aku tahu bau tersebut adalah bau shampoo yang baru ku beli petang tadi. Aku pun masuk ke bilik air untuk menyiasat dan amat terkejut kerana bilik air tersebut masih basah, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Aku amat pasti bahawa sebelum aku tidur tadi, bilik air tersebut kering sahaja. Masih terdapat kesan wap panas di cermin bilik air. Perasaan ku yang pada mulanya cuak mula menjadi huru-hara. Aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan, sama ada keluar dari bilik air atau keluar dari bilik aku. Dalam keadaan itu, aku segera mengambil keputusan untuk keluar dari bilik air dan duduk diluar sementara memikirkan apa tindakan yang sepatutnya aku buat.

Tanpa ku sangka-sangka, aku sebenarnya tersilap membuat perhitungan. Apabila aku tiba diluar, aku teramat terkejut kerana ada benda yang sepatutnya tidak berada di dalam bilik ku berada di atas katil aku. Tak dapat aku bayangkan perasaan aku ketika itu, kalau toreh pisau kat muka pun tak keluar darah. Aku nampak 3 kepala manusia sedang bergolek-golek di atas katil aku!! Apabila menyedari aku memerhatikan aksi mereka, mereka segera berhenti dan menyeringai ke arah ku. Aku tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan aku kerana tiba-tiba sahaja aku dapati diri aku kini berada di lobi hotel (sekali lagi). Kali ini aku memilih untuk duduk di kerusi sebelum meja reception (menuju ke arah bilik lama aku) kerana aku tidak mahu dihujani dengan pertanyaan pihak pengurusan hotel. Aku telah mengambil keputusan nekad, check out dari hotel tersebut petang itu jugak.

Aku menerima tawaran salah seorang rakan sekerja aku untuk tinggal bersama dia. Pihak pengurusan hotel terbabit cuba untuk memujuk aku tinggal di situ memandangkan mengikut tempahan awal, aku sepatutnya tinggal di situ selama 2 bulan setengah. Salah seorang dari pengarah mereka telah menelefon aku di pejabat setelah seminggu aku keluar dari hotel mereka dan aku menceritakan semuanya tanpa selindung. Yang peliknya, dia tidak pula menafikan kisah seram aku, cuma dia diam sahaja seolah-olah tahu yang sebenarnya memang ada masalah dengan hotel mereka. Daripada salah seorang kawan aku yang bapanya kerja kat hotel tersebut (wonder why aku tak pernah tanya dia sejak dari mula), hotel tersebut memang seram. Bapanya turut mengatakan semua bilik yang aku pernah diami itu sememangnya tak pernah lama dihuni orang kerana keesokan harinya penghuni bilik-bilik terbabit pasti akan bertanya kepada pihak kaunter sama ada bilik mereka itu ada hantu. Cuma kes aku sahaja yang terlalu ekstrem sehingga pihak pengarah mereka pun tahu mengenainya.

Menurut bapa kepada kawan aku, beberapa pekerja part time bahagian dapur pun mengalami masalah yang sama. Ada sorang student ITM yang buat part time kat situ tu sampai demam panas kerana terlalu terkejut melihat 3 lembaga hitam sedang makan di dalam dapur hotel terbabit. Dia hairan mendengar bunyi bising di dalam dapur dan seperti aku, cuba untuk menyiasat. Kalau setakat panggilan telefon ditengah malam ke meja front office tu perkara biasa (mengikut kata pakcik tu lah). Bila mereka jawab panggilan tersebut, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas dan kemudian diikuti oleh hilaian ketawa yang panjang. Daripada switchboard tu, mereka tahu bilik mana yang membuat panggilan dan menyuruh guard pergi check bilik-bilik terbabit (walaupun mereka tahu dalam register tak ada orang di bilik terbabit) dan guard tersebut selalunya mendapati bilik itu tidak dihuni oleh sesiapa pun.

Begitulah kisah seram aku berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin tidak seram seperti yang korang harapkan tapi aku telah menulisnya dengan cara aku sendiri. Jangan cuba tanya nama hotel tersebut kerana aku tidak akan memberitahu. Yang boleh ku katakan, hotel tersebut terletak di Sungai Petani.

Disingkap Oleh :


Jalan Bukit Tujuh Ke Merapoh Berpenunggu


Tarikh keramat 3 hb jun, aku pada masa tu mmg dah bersiap sedia untuk bertolak dari kl ke machang, kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak n adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari kuantan ke machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui kl - machang.. bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tgh malam - 7.30 pg .. 

Aku drive sorang2 sahaja mengekori keta abang ku bersama isteri, adik ipar nya dan anak kecil nya melalui karak highway kemudian ke bentong dan raub serta melalui kuala lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan bukit tinggi antara kuala lipis gua musang dan juga bukit tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan.. betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2 lain..mmg aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2.... 

Kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku x hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..time tu aku rasa mcm nak pitam.....semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...mmg aku tak nampak tapi aku bleh rasa ...

Sebelum kejadian nie aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu dengan hati2 .. aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..time tu cd ayat2 al quran abang aku dah amik awal2 lagik :mad: :mad: so aku just pasang mp3 lagu2 lama2 dengan kuat sambil mulut membca ayat2 quran... lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp nak call abang aku tapi time tu signal takde :mad: :mad: 

Aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..mmg terasa sgt aura dari belakang aku..keta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku... keta abg aku di depan dan aku dibelakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2 gelap ajer ...mmg pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad: :mad: apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas keta abg aku, abg aku time tu katanya dah perasan ada something wrong ngan aku, so dia bagi aku pintas dia.....time tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan sendiri nya... 

Kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan shingga sampai di ruang rehat gua musang... masa tu lah abg aku bgtau ada benda kat belakang keta aku, aku mmg tak nampak benda tu... peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari kl-kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak kurang hebat nya

Disingkap Oleh :


Bilik Asrama Itu Dah Lama Tidak Berpenghuni


Dulu aku sekolah 2 tahun di sebuah sekolah agama yang agak famous juga di Klang. Sebab sekolah ini ada ISO9002, sekolah untuk budak-budak perempuan yang pandai je. Aku je yang tetiba jadi bodoh kat sekolah ini. Masuk kelas hujung-hujung. Masa tu tahun 1998-1999. Sekolah ini ada asrama 4 blok, A B C dan D. 4 tingkat yang dikira dari 0-3. Blok A attached dengan B, blok C dengan D. 4 in between 2 blok ini ada dewan makan dan gelanggang badminton. 

Aku duduk di blok D dan depan asrama kitorang memang menghadap tanah perkuburan islam. Tetapi alhamdulillah tiada sebarang gangguan atau cerita yang tidak menarik dengan kubur ini dan lagipun banyak kedai-kedai di situ. So, masa mula-mula orientasi kat sekolah, kitorang macam ada briefing kat musolla blok B level 1. Lepak-lepak kat koridor pastu terpandang la ada satu bilik di blok A level 3 yang tertutup. Tak fikir apa-apa pun dan tiba-tiba ada seorang budak tu kata, roomate dia bagitau bilik tu memang dah ditutup since 80's lagi sebab bilik tu dah ada 'penghuni tetap'. Aku tengok tembok koridor depan bilik tu kosong. Bilik sebelah-sebelah dan lain-lain penuh dengan kasut sekolah yang dijemur, letak baik punya atas tembok. 

Ceritanya, sesiapa yang jemur kasut termasuk sikit kawasan depan bilik tu, esoknya kasut tu punya nasib kat atas bumbung kolah mandi yang terletak di tengah-tengah antara dua blok. Patutlah banyak kasut buruk atas bumbung kolah tu. Okay, takut punya pasal, lari masuk musolla. Nasib baik aku dok block D. Nak dijadikan cerita, ada seorang budak kelas aku baru masuk. Tak sempat orientasi, aku lupa apa sebabnya. Nama dia pun aku lupa. Dia duduk di asrama block C. 

Satu hari dia lalu kat dewan makan time petang macam tu. Pastu ada ibu bapa macam tengah tunggu anak dia kat dewan makan tu. Normally ada orang kat konti radio asrama kat bawah tu akan buat announcement panggil pelajar kalau mak bapak diorang datang. Tapi petang tu takde orang, so parents tu mintak tolong budak tu panggilkan anak dia nama sekian sekian di bilik A:2:5! Setingkat bawah je dari bilik tu. So budak ni pun gigih la berlari naik tangga. Tangga blok A ni pula terletak in between bilik 5 dan 6. Entah macam mana budak ini terlajak sampai level 3 terus menuju ke bilik sebelah tangga, A:3:5. Pintu bilik memang terbuka, pastu dia nampak budak-budak perempuan kat dalam tu semua berkemban dan sikat-sikat rambut. 

Dia yang tak fikir apa-apa terus bertanya, "Assalamualaikum, Nurul (bkn name sebenar) siapa? parents dtg kt bwh" Semua pandang, then ade sorang jawab "awak salah bilik , dia bilik bawah" "Ohh yeke??sorry2..time kasih" Terus dia turun ke bilik bawah dan panggil budak yang sebenar turun. Bila dia balik ke bilik. Dia gelak-gelak cerita pengalaman yang memalukan, tersalah bilik kat kakak-kakak bilik dia. Bila dia sebut bilik atas bilik A:2:5, kakak-kakak bilik dia terkejut, atas bilik tu bilik 'yang itu'. Kakak-kakak bilik dia nafikanlah, cakap bilik tu kosong, dah bertahun-tahun tutup. 

Menangis-nangis budak tu bila tau cerita pasal bilik tu. Patutlah dia kata semua sikat rambut, rambut pula panjang-panjang tak perasan had mana. Malam tu juga dia suruh mak bapak dia ambik. Tak lama lepas tu terus keluar dari asrama. Pergi sekolah ulang alik je. Nasib baik dia tunjuk muka cantik, kalau muka buruk, berdarah hidung agaknya budak tu. Lepas tu je, kecoh satu sekolah. Padahal benda tu tak kacau orang luar pun. Kecuali kalau lalu depan bilik dia or dalam bilik dia of coz. Tu pasal berkunci. 

Puncanya katanya sebab budak-budak bilik tu dulu gatal ehem pergi main spirit-spirit yang melampau, then benda tu terus tak nak balik. Katil-katil digegar, ditarik dan macam-macam. Panggil ustaz azankan depan pintu tapi orang-orang yang ada masa tu langsung tak dengar ustaz tu. Entah macam mana punya deal, pihak sekolah setuju bilik tu dikunci dan just let them stay inside daripada menganggu kat luar. Baik korang buat hal sendiri dalam tu.

Disingkap Oleh :


Kelas Malam Turut Dihadiri Sesuatu : Pengalaman Seram Pensyarah UUM


Kisah ini diceritakan oleh seorang pensyarah UUM, nama pensyarah dan dewan kuliah gugusan yang mana terpaksa dirahsiakan.

Kisah ini ringkas namun pernah memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang mendengar kisah ini sehingga menjadi viral kepada pelajar UUM ketika itu.

Seorang pensyarah sedang mengajar di dalam kelas di salah sebuah DKG di UUM. Suasana pembelajaran tampak normal. Namun, tidak sampai 15 minit kelas, pensyarah itu menamatkan sesi pembelajaran dan bergegas keluar dari bilik kuliah.

Para pelajar kehairanan dan akur dengan kelas yang begitu singkat malah ada yang seronok dengan keputusan ini.

Keesokan harinya, pensyarah yang sama mengajar semula di DKG yang lain terserempak dengan pelajar yang sama di malam semalam. Lalu pelajar tersebut bertanya kepada pensyarah berkenaan mengapa kelas semalam begitu ringkas.

Pada mulanya pensyarah itu tidak mahu bercerita takut ia akan menakutkan para pelajar, namun apabila didesak beliau akhirnya mengisahkannya, 

Sedang dia mengajar di dalam bilik kuliah, dia melihat di barisan atas bilik kuliah iaitu dibelakang pelajar-pelajar duduk beberapa orang pelajar yang sangat asing dan tidak pernah dilihatnya. Mata pelajar itu memandangnya begitu tajam dan dia yakin, lembaga tersebut bukan manusia. Jadi untuk mengelakkan suasana kelas mejadi haru biru, dia terpaksa membatalkan kelas segera dan bertindak bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

Pelajar yang bertanya tadi terpaku dan seram sejuk kerana mereka duduk paling belakang sekali di dalam kelas itu semalam dan kerusi di barisan belakang mereka kosong sehinggalah tamat kuliah. Jadi siapa yang turut sama berada di dalam kelas semalam?? 

Disingkap Oleh :


Monday, 22 December 2014

Sewa RM 50, Banglo Seksyen 2 Shah Alam : Seram dan Ngeri


9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la]. Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. 

Kami semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada. Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah Kedua, tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya… Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas. 

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang pertama kena. Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. 

Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni, Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada, pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut. Malam tu kami kena lagi teruk. 

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba sesuatu tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. 

Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru aku perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah… Dengan perasaan berani-berani takut sesuatu atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk. 

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. 

Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni. Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor. 

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. 

Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim! Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. 

Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah. 

Azmi “dagu” pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya. 

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak. 

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. 

Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh! Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. 

Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. 

Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan? Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. 

Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi. Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. 

Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. 

Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam. Sampai dekat rumah, ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. 

Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak.

Chisss…… Aku demam 3 hari. Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang. Seminggu lepas Itu, keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. 

Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah. Kemudian Salleh cerita, kan ada malam yg kitorg satu rumah kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. 

Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk? Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. 

Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu.. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah 

 PS: Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la…nokia 3310

Disingkap Oleh :


Sunday, 21 December 2014

Segi Tiga Bermuda : Pengalaman Ngeri Diganggu Penunggu


Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. 

Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah. petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu. aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. 

"weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas tu kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul. Aku hanya boleh membisu dan berfikir. 

Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin. 

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan. Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. 

" apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani. "ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan. aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. 

Aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras. ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju. 

" weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana? tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian. Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama. 

" ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas . 

Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut. 

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka. Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. 

'' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon banyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. 

''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami. kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. 

Ahhh.. aku terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan .. 

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. 

Selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata 

" TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku. Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik. 

Perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.. 

ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR

Disingkap Oleh :


Saturday, 20 December 2014

Panggilan Misteri 12 Malam

"Truttt... truttt... truttt..." 
Saya mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang berbunyi di meja. Hairan, siapa pula yang menelefon waktu lewat malam begini. Saya capai telefon bimbit tersebut dan mengerling ke arah jam di ding. Sudah hampir jam 12.00 tengah malam. 

"Assalamualaikum... ini Encik Kassim ke?" sayup-sayup kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian. "Ya, saya.. Kassim yang bercakap ni. Siapa tu ya? jawab saya penuh keraguan. 
"Saya dari Hospital Besar Klang.. nak maklumkan pada Encik Kassim, Sahrul anak Pandak Hassan yang menghidap denggi tu baru saja meninggal dunia sebentar tadi," jelasnya lagi. 

"innalilla hiwainna ilaihi rajiun..." hanya perkataan itu yang mampu saya ucapkan. "Jadi saya nak beritahu supaya esok terpaksalah Encik Kassim ambik cuti kat tempat kerja sebab nak minta tolong bawa jenazah arwah pulang ke kampung," tambah pemanggil itu. "Oh, tiada masalah. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintan bolehlah saya datang ambil nanti. Tapi apa-apa pun esok pagi saya akan bincang dengan keluarga arwah dulu," jawab saya penuh yakin. 

"Baiklah, tapi Encik Kassim jangan lupa pulak sebab mengikut nota di sini hanya Encik Kassim aja yang dipertanggungjawabkan membawa jenazah ni pulang.." kata lelaki itu lagi. 

Saya terkejut. "Laa... pulak! Takkanlah saya seorang aja? Macam saya cakap tadi, kalau tak ada apa-apa hal esok bolehlah saya pergi, tapi kalau saya ada hal yang tak boleh dielakkan macam mana pula?" balas saya sedikit tegas. Lelaki itu diam. Tiada suara kedengaran darinya. 

Saya masih belum puas hati. "Boleh saya tau, ini siapa yang bercakap ni?" tanya saya inginkan kepastian setelah saya tidak mendengar sebarang maklum balas dari talian. Tutt....tutt.... tutttt... Talian terputus. 

Saya membelek telefon di tangan dengan penuh kehairanan. "Apa daa... orang tak habis cakap lagi dia dah letak pulak. Dia orang ni ambik muda aja perkara yang melibatkan kematian macam ni," ngomel saya sendiri sambil melangkah masuk ke bilik tidur untuk memaklumkan pada isteri. Pagi esoknya, saya dan isteri terus ke rumah keluarga arwah untuk menziarah sambil bertanyakan tentang urusan membawa balik jenazah dari Hospital Besar Klang ke kampung. 

Namun setibanya di situ, saya berasa cukup pelik kerana tidak ada seorang pun penduduk kampung yang datang. Saya dan isteri berpandangan sesama sendiri. Mustahil seorang pun tak tahu, lagipun Pandak Hassan bukanlah orang asing di kampung kami. Tugasnya sebagai bilal sudah cukup membuatkan dia begitu disenangi dan dihormati. Lagipun biasanya kala ada kematian, pasti ramai penduduk kampung yang datang berziarah. Waktu ini biasanya kaum lelaki sudah mula sibuk membuat keranda, menggali kubur dan menyediakan kelengkapan untuk urusan pengebumian. Tapi berbeza pula pada hari ini. Rumah Pandak Hassan sunyi sepi. 

"Assalamualaikum.. Assalamualaikum!" saya memberi salam sambil meninjau kawasan di sekeliling. "Waalaikumsalam.." sahut suara dari dalam. Tidak lama kemudian Pandak Hassan muncul di muka pintu, diikuti oleh isterinya. "Kenaya sunyi aja rumah Pandak ni? Tak ada sesiapa yang datang lagi ke?" tanya saya. "Eh, sunyi kenapanya pulak? Siapa pulak yang nak datang?" balas Pandak Hassan sambil memandang saya dengan penuh kehairanan. Sah! Memang ada sesuatu yang tak kena. Saya mula bingung dan tak tahu bagaimana hendak memulakan kata-kata. 

Setelah beberapa kali menggaru kepala barulah saya ceritakan satu persatu tentang berita yang saya terima dari Hospital Besar Klang malam tadi. Terlopong mulut Pandak Hssan dan isterinya mendengar cerita saya. Pada mulanya agak sukar untuk mereka terima berita itu namun setelah saya tunjukkan bukti nombor telefon yang diterima malam itu dari telefon bimbit saya barulah mereka percaya. Tapi Pandak Hassan keliru sebab dia baru saja menelefon Sahrul di hospital sebntar tadi dan anaknya itu memberitahu keadaannya stabil. Biarpun terlantar, tidak mampu bangun dan perlu diberikan rawatan rapi, tetapi Sahrul masih sedar. 

Pandak Hassan juga bercadang untuk pergi ke Klang bersama isterinya pada hujung minggu ini untuk melawat Sahrul. "Siapa pula yang pandai-pandai kata anak aku dah meninggal?" soal Pandak Hassan lagi. Saya tergamam, tidak mampu berkata apa-apa. Saya juga bingung memikirkan siapakah gerangan yang menelefon saya malam tadi sedangkan mengikut kata Pandak Hassan anaknya Sahrul masih lagi dirawat di hospital berkenaan. "Bab kematian ni pun dia orang nak buat main-main," keluh Pandak Hassan dengan nada terkilan. 

"Saya pun geram jugak. Sudahlah hari ni tak pasal-pasal saya kena mohon cuti, rupa-rupanya panggilan palsu pulak. Kalay saya dapat tau siapa budak yang main-mainkan tu, tau lah saya nak ajar macam mana!" luah saya dengan perasaan marah bercampur geram. Saya meninggalkan rumah Pandak Hassan dengan seribu persoalan yang bersarang di fikiran. Puas saya memikirkan kejadian yang berlaku malam tadi. 

Siapalah yang menelefon dan bagaimana orang itu tahu nama serta nombor telefon saya sedangkan tidak pernah sekalipun saya memberinya kepada pihak hospital mahupun Sahrul sendiri. Petang itu, ketika sedang berehat di beranda, datang seorang pemuda memaklumkan suatu beria yang amat mengejutkan. Sahrul meninggal dunia! Saya tergamam, seakan tak pecaya. Berkali-kali saya tanyakan tentang kesahihan berita tersebut kerana saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. 

Setelah yakin kebenarannya barulah saya dan isteri pergi ke rumah Pandak Hassan. Ketika sampai saya lihat sudah ramai penduduk kampung yang datang berziarah. Ertinya memang betullah Sahrul meninggal dunia. Tanpa banyak soal saya terus berjumpa dengan Pandak Hassan untuk bertanyakan tentang urusan membawa jenazah anaknya itu pulang. Walaupun Pandak Hassan kelihatan tabah dengan berita kematian anaknya, namun kesedihan tetap terpancar daripada raut wajahnya. Dia kemudian menyerahkan tugas membawa jenazah pulang kepada saya. 

"Patutlah ada yang pesan supaya kau cuti bekerja hari ini, rupa-rupanya memang ada tugas yang perlu kau buat," kata Pandak Hassan dengan wajah sugul. Saya sekadar mengangguk-anggukkan kepala. Tanpa sebarang komen saya meminta Ishak, salah seorang saudara arwah untuk menemani saya ke Hospital Klang menuntut jenazah Sahrul. Alhamdulillah, ketika saya sampai segala urusan berkaitan arwah telah diuruskan oleh pihak majikannya. Jadi mudahlah kerja saya untuk membawa jenazah arwah pulang. 

Sementara menunggu jenazah dibawa masuk ke dalam van, saya sempat bertanyakan kepada petugas-petugas di hospital tentang panggilan yang saya terima malam tadi. Semuanya tidak tahu, malah mereka juga berasa hairan tentang perkara tersebut. Untuk memperkukuhkan bukti, saya tunjukkan nombor panggilan yang masuk ke telefon bimbit saya. Memang sah nombor milik hospital berkenaan. Ertinya, si pemanggil berkenaan menggunakan telefon hospital. 

"Tak mungkin kami telefon sebab arwah belum meninggal lagi waktu tu. Kami tak boleh buat benda-benda macam ni, salah dari segi peraturan kerja. Lagipun encik terima panggilan jam 12.00 malam, arwah meninggal dunia jam 3 petang esoknya. Memang tak masuk akal langsung!" kata salah seorang petugas dengan bersungguh-sungguh. Kami berpandangan. Otak ligat mencari jawapannya. Nak kata ada petugas yang menelefon memang tak mungkin kerana semua menafikan. Lagipun ada benarnya kata-kata mereka, takkanlah ada petugas yang menelefon waris pesakit jika pesakit itu sendiri belum disahkan meninggal dunia. Itu dah melanggar etika kerja. Hal berkaitan kematian adalah perkara serius dan bukanya boleh dibuat main. Hanya orang yang tidak waras saja akan buat kerja gila macam tu. 

Jadi, siapakah lelaki yang menelefon saya malam tadi? Adakah arwah Sahrul? Tak mungkin Sahrul mampu berjalan sedangkan dia sudah seminggu terlantar di katil. Lagipun kalau ikut logik akal usahkan nak berjalan, malah nak buang air pun terpaksa guna saluran pail ke kantung plastik. Tetapi jika Sahrul sekalipun, persoalannya dari mana dia dapat nombor telefon saya? Seperkara lagi, bagaimana pula Sahrul tahu yang esoknya dia akan pergi menghadap Ilahi dan kenapa pula dia bersungguh-sungguh meminta saya untuk mengambil jenazahnya. Bukan saya seorang saja yang mampu membawa van jenazah di kampung kawasan kediaman kami ini. 

Saya betul-betul binggung. Bukan saya seorang saja yang kena bawa van jenazah di kawasan kediaman kami. Sehingga ke hari ini, saya masih memikirkan tentang perkara tersebut. Sepanjang pengalaman saya membawa jenazah, inilah peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan kerana saya masih tidak mendapat jawapan siapakah yang menelefon saya pada malam itu. Adakalanya suara itu masih lagi terniang-ngiang di telinga saya apatah lagi jika jam menghampiri pukul 12 tengah malam. 

Oleh : Abu Kassim Samsori

Disingkap Oleh :


Bukit Kachi UUM : Prebet Sapu Ada Kisah Seram

\

Masih kisah seram mengenai UUM Sintok tetapi ini berkaitan kolej kediaman luar kampusnya iaitu Kolej Bukit Kachi. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2006 diceritakan oleh seorang pemandu kereta prebet sapu kepada rakan Anjang Dollah. Dia sendiri bagai tidak percaya apa yang dialami.

Menurut pemandu itu, dia mendapat panggilan dari seorang pelajar perempuan sekitar pukul 3.00 pagi kononnya baru sampai dari Kuala Lumpur menaiki bas. Bas memang akan menurunkan penumpang sekitar waktu itu dari KL di stesen bas Changlun. Pelajar itu berkata dia akan tunggu prebet sapu itu sampai dibawah pohon pokok dihadapan stesen bas. Prebet sapu itu kenal dengan pelajar ini kerana kerap juga pelajar ini mengunakan khidmatnya kerana pelajar ini tinggal di luar kampus iaitu di kolej Bukit Kachi.

Dek kerana pemandu itu menerima panggilan ketika dalam keadaan mamai, selepas menjawab panggilan telefon itu, beliau tertidur semula dan hanya tersedar sekitar pukul 4 pagi. Dia segera bergegas membasuh muka dan mencapai kunci keretanya serta bertolak ke stesen bas Changlun bagi menjemput pelajar itu. Pastinya dia rasa amat bersalah kerana tertidur semula tadi menyebabkan pelajar itu menunggu lama.

Setibanya di stesen bas Changlun, pemandu itu melihat dibawah pokok itu berdiri seorang pelajar perempuan dan dia pasti pelajar itulah yang menelifonnya tadi. Sejurus tiba, tidak putus-putus dia mengucap maaf atas kelewatannya. Pelajar itu hanya mengangguk dan tunduk. Mungkin kerana mengantuk dan penat pelajar itu malas mahu melayan alasan pemandu prebet sapu itu lalu masuk ke dalam kereta disebelah pemandu.

Perjalanan mereka seperti biasa. Pelajar itu masih tunduk dengan rambutnya menutup wajahnya. Pemandu itu malas mahu menganggu kerana fikirkan pelajar itu pastinya mengantuk. Namun sejurus tiba di pertengahan perjalanan antara kampus UUM dan Kolej Bukit Kachi, dimana kawasan itu hanya hutan, tiba-tiba pelajar itu mendongak dan memandang ke arah pemandu prebet sapu itu dengan wajah tersenyum lebar. 

Terkejut besar pemandu tadi apabila melihat wajah pucat dan berkedut pelajar itu apatah lagi senyuman ittu diiringi tawa yang menakutkan. Bagai mahu tercabut jantung apabila mengenangkan dia sudah tersilap mengambil penumpang. Dek kerana sudah hampir sampai kolej tersebut, digagah nya juga membawa lembaga itu ke ke sana walaupun ada juga niat hatinya mahu berpatah balik. Namun untuk membuat u-turn pastinya sukar dijalan yang sempit ini.

Apabila tiba di pintu masuk, pemandu itu hairan kerana tiada pengawal keselamatan mengawal di depan.Tiba-tiba lembaga itu bersuara mahu pemandu itu menghantarnya ke tangki air besar kolej itu. Pemandu itu menurut sahaja namun akhirnya dia berhenti di blok pelajar berhampiran tangki air itu sahaja dan tidak sanggup meneruskan memandu berhampiran tangki lagi.

Sejurus berhenti, dia membuka pintu kereta dan berlari sekali lagi ke pondok pengawal. Lega hatinya kerana rupanya memang ada pengawal tetapi tadi dia hairan, kenapa tiada pengawal disaksikan. Tanpa membuang masa, dia mengajak pengawal ke kereta nya semula bagi melihat sendiri siapa penumpang yang menumpangnya tadi.

Pengawal menyuluh di dalam kereta. Kereta itu kosong tanpa penumpang dan di bonet kereta juga sudah tiada beg pakaian. Selepas subuh dan hari siang, barulah pemandu itu pulang ke rumahnya kerana masih trauma ditumpang lembaga misteri.     

Disingkap Oleh :


Friday, 19 December 2014

UUM Sintok : Pontianak Kolej Petronas


Lagi kisah seram di UUM Sintok. Kisah ini sangat menghantui pelajar-pelajar baru apabila ada sebahagian senior mengimbau ceritanya di zaman orentasi. Tetapi bagi Anjang Dollah, kisah ini diambil sendiri dari mulut bekas Pengetua Kolej Petronas UUM dimana kejadian ini berlaku di era dia menjadi pengetua kolej kediaman ini.

Siapa yang tidak ingat, design kolej Petronas dan beberapa kolej kediaman lain di UUM (Sekarang dipanggil Dewan Penginapan Pelajar). Setiap bilik bukannya mengadap bilik lain, tetapi hanya balconi dan terus mengadap luar. Hanya kolej-kolej baru sahaja seperti di Bukit Kachi mengadap sesama bilik. Jadi design lama ini langsung tidak praivesi dan membolehkan mata-mata liar melihat pergerakan pelajar terutama pelajar perempuan.

Apa yang diceritakan oleh bekas pengetua Kolej Petronas ini adalah pada 1 malam di minggu study. Seorang pelajar perempuan ini sibuk menelaah pelajaran sementara rakan sebiliknya lena tidur, Jam memang sudah lewat melepasi sepertiga malam. 

Sedang dia leka menelaah pelajaran, tiba-tiba pintu biliknya diketuk orang. Ketukan laju dan kuat itu menyebabkan dia tidak mahu menunggu lama untuk membuka kerana kuatir menganggu rakannya sedang tidur. Di fikirannya ketika itu tidak terfikirpun benda yang bukan-bukan.

Namun, sejurus dia membuka pintu, sejurus itu juga didepan mukanya dihulur seorang bayi berlumuran darah oleh seorang perempuan berwajah hodoh, berdarah dan menakutkan. Pelajar itu hanya mampu terpaku dan terus rebah pengsan.

Beliau hanya terjaga selepas dipulihkan oleh seorang ustaz dan dilihat sekelilingnya ramai rakan termasuk pengetua kolej tersebut. Lalu diceritakan pada semua apa yang dilihatnya semalam. 

Kejadian itu benar-benar menganggu emosi pelajar ketika itu.

Disingkap Oleh :


Thursday, 18 December 2014

UUM SINTOK : Kisah Hantu DI Kolej Telekom


Kisah seram ini dialami sendiri oleh rakan Anjang Dollah ketika sama-sama menuntut di UUM Sintok dulu. Pastinya amat sayang, kepada bekas pelajar UUM yang tidak pernah dengar kisah ini dan pergi sendiri melawat tempat kejadian kerana kesan dan tempat yang dikatakan itu masih wujud dan rasanya kekal wujud sehingga kini.

Anjang Dollah sendiri pernah ke tingkat 4 blog lelaki Kolej Telekom UUM dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam bilik paling hujung sayap blok dimana bilik inilah pelbagai kisah seram diceritakan oleh pelajar di blok tersebut. Paling menyeramkan serta menimbulkan persoalan, kesan tapak kaki siapakah yang terus berbekas di simen lantai berhampiran bilik tersebut yang masih kekal sehingga kini jika pihak kolej masih belum membuat proses pemadaman. Anjang Dollah sendiri melihat bekas tapak kaki itu yang bukan dipunyai oleh seorang manusia.

Bilik paling tersorok ditingkat 4 blok lelaki itu ditinggalkan oleh pihak kolej kosong bertahun-tahun lamanya. Bayangkan, hanya bilik itu sahaja dikalangan bilik-bilik yang ada masih usang, dengan cat lama tanpa ada sebarang perabot. Menurut sumber kolej, pihak kolej pernah cuba masukkan perabot di dalamnya namun, sebelum minggu orentasi, proses semakan bilik amat terkejut kerana perabot di dalam bilik itu, diselerakkan dengan cermin dipecahkan dan katil ditungang tebalikkan. Sejak dari itulah, bilik itu terus dikosongkan.

Apa yang menghantui pelajar berkaitan bilik itu??
Mereka sering melihat, di waktu malam, bilik itu yang tiada penghuni akan dinyalai sendiri lampunya tanpa ada sesiapapun berani membuka bilik itu. Jika nasib kurang baik, mereka akan nampak bayangan seorang wanita berambut panjang berdiri mengadap tingkap di dalam bilik itu. Paling malang, pelajar tingkat 3 yang mana bilik berhantu itu betul-betul berada di atas bilik mereka. Ada yang pernah diganggu terutama di lewat malam.

Pernah diceritakan pelajar yang duduk di tingkat 4 yang sama berhampiran bilik berhantu itu diganggu oleh hantu seorang wanita. Pelajar itu katanya tertido di atas katilnya. Ditengah malam, dia terjaga dan terkejut, kerana disebelah katil kawannya duduk seorang wanita berambut panjang dan bebaju putih. Namun dalam keadaan mamai pelajar itu tidur semula dan keesokan harinya,dia sendiri tidak dapat menduga kejadian malam semalam adakah mimpi atau benar.

Seorang pelajar lain, berbangsa cina pernah tiba-tiba dicekik dari belakang semasa sedang sibuk menalaah pelajaran. Hampir beberapa minit dia tidak bernafas namun selepas meronta, barulah cekikan itu dilepaskan dan dia mampu bernafas semula. Khabarnya  bilik berhantu itu pernah diduduki oleh seorang pelajar perempuan yang membunuh diri di dalam loker kerana tekanan cinta. Selepas itu lah, blok itu ditukarkan sebagai blok pelajar lelaki.

Semua kisah diatas, memangnya kisah benar diceritakan oleh mangsa sendiri kepada Anjang Dollah. Namun tahun 2014, semasa kunjungan Anjang Dollah ke UUM, kawan Anjang yang kini felo di kolej itu memberitahu, bilik itu sudah dibersihkan dan kini ditempatkan pelajar antarabangsa disitu. Sehingga kini, tiada apa-apa lagi gangguan dilaporkan. Namun, kesan tapak kaki itu masih kekal.

Disingkap Oleh :


KISAH PALING "Viral" DIKALANGAN PELAJAR ASRAMA


Kisah nih berlaku pada tahun 2000....kisah ni menjadi popular di kalangan mereka yang tiggal di asrama..... Kisah dia macam nih.... Pada suatu malam.....ahmad (bukan nama sebenar) tidak dapat tidur....dia telah mencuba untuk melelapkan matanya selama beberapa kali....tetapi tidak berhasil....kemudian dia mengambil keputusan untuk mandi.....semasa dia hendak keluar daripada dormnya dia ternampak rakannya halim (bukan nama sebenar) juga hendak pergi ke tandas untuk menggosok gigi...setibanya di tandas ahmad masuk ke tandas yang bernombor 6 (kesemuanya 7 tandas)...sedang dia mandi dier bernyanyi lagu.....kemudian dier terdengar bunyi tapak kaki berjalan mendekati tandas....setelah beberapa minit dier terdengar 'orang' berkata.... "tandas nombor satu tiada orang,,,,nombor dua pun takder orang,,,,nombor tiga masih takder orang,,,nombor yang keempat lagilah takder orang,,,tandas yang kelima puunnnnn takder orang,,,tandas yang keenam,,,(sunyi seketika) puunnnnn takder orang....kemudian ahmad menjerit,,,woi kat dalam nih ader orang lar...kemudian 'orang' itu berkata 'takder orang',,,,ahmad menjadi cuak lalu membuka pintu tandas....dia lihat tiada sesiapa di situ melainkan dirinya....kemudia dier terdengar 'orang' berkata "hoi,aku kat atas ni"...ahmad yang terkejut dengan suara itu lalu berlari menuju ker dormnya...dier ternampak rakannya halim sedang menggosok gigi dengan menggunakan pisau di hadapan bilik dobi.....ahmad yang ketakutan berlari menuju ke katil nya yang berada di bahagian atas(double decker)...kemudian dier terdengar 'orang' berkata " katil nombor satu dah tidor,,,nombor dua pon dah tidor,,,yagn nombor tiga tengah buat apa tuh????"ahmad yang terkejut lalu berdiri di atas katil...kipas yang terlekat di siling yang sedang berputar denga lajunya telah memenggal kepalanya,,,keesokan harinya orang ramai menjumpai badannya di dalam tempat pembuangan sampah manakala kepalanya di dalam baldi di tandas....

Disingkap Oleh :


ARWAH BALIK RUMAH SELEPAS KEMALANGAN


Saya ingin berkongsi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Mungkin cerita yang ingin saya sampaikan ini dianggap sebuah dongeng pada halwa pendengaran para pendengar, tapi ia adalah satu kenyataan yang kami sekeluarga tempuhi. Kisah ini baru juga berlaku, iaitu kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu jam menunjukkan 10.25 malam dan saya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah saya, dan bila saya buka, saya dapati kakak saya berlumuran dengan darah. Saya amat terkejut dan panik dengan keadaannya masa itu. 

Saya tanya dia kenapa tapi dia hanya mendiamkan diri dan menangis lalu terus berlari ke bilik air. Saya bergegas ke bilik untuk beritahu mak dan ayah. Mak dan ayah juga cuba memanggil nama kakak dan ketuk berkali-kali di pintu tandas tapi kakak hanya mendiamkan diri. Kami sekeluarga panik dengan keadaan kakak. Tak lama selepas itu, ada seseorang mengetuk pintu. Ayah ke pintu untuk menjengah siapa yang datang. 

Dua orang lelaki menggelarkan mereka adalah kawan kepada kakak saya. "Cik, saya Amir, kawan Lin..." Beliau bercakap sambil menangis terisak-isak, "Cik... Lin meninggal dunia... Dia kemalangan..." Sejurus mendengar kata-katanya, ayah saya memarahi beliau dan mengatakan kakak ada di bilik air. Dipendekkan cerita, kami ke tandas untuk memastikan kesahihan berita yang kami dengar. Pintu tandas diketuk berkali-kali tapi kakak tetap mendiamkan diri. Ayah memutuskan untuk memecahkan pintu tandas. 

Alangkah terperanjatnya kami, tiada sesiapa di dalam dan ayah menyoal saya tentang kakak. Saya menangis dan bersumpah yang saya jumpa itu benar-benar kakak dan saya mengatakan kalau saya tipu, kenapa pintu bilik air terkunci di dalam. Ayah dan mak hanya tergamam antara percaya dan tak percaya dengan cerita saya... Kami pun ke tempat kejadian untuk memastikan berita yang disampaikan kawan kakak dan cerita itu memang benar. Kakak telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana motor yang ditunggangnya terbabas di jalan. 

Motornya remuk dan penuh dengan darah tapi masa kami sampai, kakak telah dibawa pergi ke hospital untuk bedah siasat. Sudah lima tahun perkara ini berlaku, tetapi sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya, siapakah yang pulang ke rumah??? Sehingga hari ini saya masih tidak percaya dengan apa yang saya alami. Saya menjadi trauma setiap kali pintu diketuk kerana rasakan seolah-olah kakak pulang. Sudah puas saya berubat tapi tiada satu pun yang dapat membantu saya. 

Di kesempatan ini, saya harap pendengar yang budiman, dapatlah menyedekahkan surah Al-Fateha pada arwah kakak saya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmit yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga dia tenang di sana.  

Disingkap Oleh :

KISAH SERAM UUM ; 3 Kisah Jadi Bualan


Cerita 1
Misteri Teman Sebilik 

Seorang Cikgu Matrikulasi memberitahu di mana kejadian berlaku di asrama perempuan . Terdapat seorang pelajar perempuan yang tinggal bersama rakan sebiliknya. Kehidupan mereka normal sebagai seorang pelajar, tiada memikirkan apa-apa perkara buruk yang akan berlaku sehinggalah satu malam di mana kejadian pelik mula menimpa diri mereka. Pada suatu malam, semasa hendak tidur dia meminta rakan sebiliknya itu menutup suis lampu. Alangkah terkejutnya apabila rakannya itu boleh memanjangkan tangan beliau dan terus menekan suis lampu. Perasaan takut menular dalam diri, lantas kakinya terus lari memecut keluar dari bilik tersebut. Pabila mendapat perkhabaran dari budak perempuan tadi rakan-rakan lain terus bergegas ke biliknya namun, mereka mendapati bahawa tiada orang lain di situ bersamanya. Almari dan katil juga kosong. Musykil dengan apa yang telah berlaku, mereka ke pejabat kolej dan mendapati nama yang di sebutkan sebagai teman sebiliknya itu tidak wujud , bahkan langsung tidak disenaraikan. Selama ini sebenarnya, budak perempuan itu tinggal bersama dengan jin yang menyerupai manusia. 

Cerita 2 
Penampakkan Pocong

Pada minggu orientasi , pihak pengurusan pelajar telah menyediakan sebuah bas untuk membawa pelajar-pelajar dari asrama ke Dewan Mas bagi sesi ceramah motivasi dan kaunseling. Akibat bas yang senantiasa penuh, beberapa pelajar membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang . Sekumpulan pelajar perempuan , melalui sebuah pokok besar yang terletak di tepi tasik dalam perjalanan pulang. Tiba-tiba mereka di kejutkan dengan penampakkan mayat yang berbungkus atau lebih di kenali sebagai pocong melintas di depan mereka. Pocong itu melompat sebanyak tiga kali lalu hilang. 

Cerita 3 
Misteri Bas Berhantu bas buruk 

Misteri bas berhantu merupakan salah satu cerita seram yang tidak asing lagi di kampus itu. Bas tersebut akan mengelilingi kampus pada setiap malam. Cerita ini kerap diceritakan oleh pelajar-pelajar yang pada ketika itu bersengkang mata mentelaah pelajaran hingga lewat pagi. Kedengaran deruan enjin bas yang rosak dan penampakkan asap bas dari jendela namun pabila melihat ke luar jendela , tiada apa yang dapat kelihatan. Namun, terdapat satu kes di mana salah seorang penghuni asrama tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri keadaan bas tersebut. Bas yang kelihatan buruk seperti zaman sebelum merdeka tanpa lampu akan lalu beberapa kali di antara jam dua hingga tiga pagi.

Disingkap Oleh :


Wednesday, 17 December 2014

Kuala Kangsar - NAMPAK HANTU NAIK BAS, RAMAI HISTERIA


KUALA KANGSAR – Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja. Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut. Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama. 

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting. Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja. “Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam). “Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya. Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria. “Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini. “Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya. 

Sempat hantar SMS 

 Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam. Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria. “Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. 

Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini,” ujarnya. 

Tindakan pantas pemandu 

 Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar. 

Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut. “Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya. “Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. 

Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu,” katanya. Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu. “Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. 

Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau. “Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus,” jelasnya. Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing

Disingkap Oleh :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...