Thursday 18 December 2014

KISAH SERAM UUM ; 3 Kisah Jadi Bualan


Cerita 1
Misteri Teman Sebilik 

Seorang Cikgu Matrikulasi memberitahu di mana kejadian berlaku di asrama perempuan . Terdapat seorang pelajar perempuan yang tinggal bersama rakan sebiliknya. Kehidupan mereka normal sebagai seorang pelajar, tiada memikirkan apa-apa perkara buruk yang akan berlaku sehinggalah satu malam di mana kejadian pelik mula menimpa diri mereka. Pada suatu malam, semasa hendak tidur dia meminta rakan sebiliknya itu menutup suis lampu. Alangkah terkejutnya apabila rakannya itu boleh memanjangkan tangan beliau dan terus menekan suis lampu. Perasaan takut menular dalam diri, lantas kakinya terus lari memecut keluar dari bilik tersebut. Pabila mendapat perkhabaran dari budak perempuan tadi rakan-rakan lain terus bergegas ke biliknya namun, mereka mendapati bahawa tiada orang lain di situ bersamanya. Almari dan katil juga kosong. Musykil dengan apa yang telah berlaku, mereka ke pejabat kolej dan mendapati nama yang di sebutkan sebagai teman sebiliknya itu tidak wujud , bahkan langsung tidak disenaraikan. Selama ini sebenarnya, budak perempuan itu tinggal bersama dengan jin yang menyerupai manusia. 

Cerita 2 
Penampakkan Pocong

Pada minggu orientasi , pihak pengurusan pelajar telah menyediakan sebuah bas untuk membawa pelajar-pelajar dari asrama ke Dewan Mas bagi sesi ceramah motivasi dan kaunseling. Akibat bas yang senantiasa penuh, beberapa pelajar membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang . Sekumpulan pelajar perempuan , melalui sebuah pokok besar yang terletak di tepi tasik dalam perjalanan pulang. Tiba-tiba mereka di kejutkan dengan penampakkan mayat yang berbungkus atau lebih di kenali sebagai pocong melintas di depan mereka. Pocong itu melompat sebanyak tiga kali lalu hilang. 

Cerita 3 
Misteri Bas Berhantu bas buruk 

Misteri bas berhantu merupakan salah satu cerita seram yang tidak asing lagi di kampus itu. Bas tersebut akan mengelilingi kampus pada setiap malam. Cerita ini kerap diceritakan oleh pelajar-pelajar yang pada ketika itu bersengkang mata mentelaah pelajaran hingga lewat pagi. Kedengaran deruan enjin bas yang rosak dan penampakkan asap bas dari jendela namun pabila melihat ke luar jendela , tiada apa yang dapat kelihatan. Namun, terdapat satu kes di mana salah seorang penghuni asrama tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri keadaan bas tersebut. Bas yang kelihatan buruk seperti zaman sebelum merdeka tanpa lampu akan lalu beberapa kali di antara jam dua hingga tiga pagi.

Disingkap Oleh :


Apa Komen Anda?

1 comment :

Anonymous said...

Terbaik

Recent Posts Widget