Wednesday 17 December 2014

KISAH BENAR : Bahana Selfie


MERSING – Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan. Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.

Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat. “Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.

“Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di belakang saya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini

Disingkap Oleh :


Apa Komen Anda?
Recent Posts Widget